AhmarDyla Batu Sungai

AhmarDyla Batu Sungai

Tuesday, January 2, 2018

Belian Batu Sungai Bertungku dan Bertangas Secara Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami menerima tempahan belian batu sungai secara online Semenanjung Malaysia juga Sabah dan Sarawak. Lokasi belian batu sungai secara direct adalah di Bandar Baru Bangi Seksyen 8, Selangor, Malaysia. 

Untuk tujuan belian, sila hubungi En. Ahmar di 018 473 6369 (call/sms/whatsapp)

Have a nice day!

Team Marketing,
ahmardylabatusungai ahmardylaenterprise

Perkhidmatan Urut Ibu Bersalin Ibu Dalam Pantang Bangi Kajang Putrajaya Cyberjaya Kuala Selangor Shah Alam Damansara Ampang Serdang Seri Kembangan


available sehingga februari 2018 sahaja kerana perawat Puan Siti Norazah bakal bercuti bersalin/ dalam pantang sehingga akhir bulan Mei 2018. Menerima booking untuk bulan Jun 2018 ke atas.

Puan Farah Izaura turut menerima cover daerah shah alam

Puan Suraya turut cover daerah Ampang



Thursday, December 21, 2017

Kedai Online Barangan Kesihatan Ahmardyla Enterprise

CARA ORDER


  1. Whatsapp/ SMS Puan Husna di 013-6358664 / Encik Ahmar di 018-4736369
  2. Beritahu item yang ingin dibeli
  3. Tunggu pengesahan stok item
  4. Buat bayaran secara online kepada nombor akaun ini:- Maybank 162143145569 | Husna Adilah binti Sidek
  5. Sahkan bayaran dengan berkongsi resit bayaran / maklumat transaksi
  6. Sediakan maklumat untuk pengeposan seperti Nama, Alamat Lengkap, dan Nombor Telefon.





Batu Sungai
RM 20 ( bawah 1 kg)
RM 25 ( atas 1 kg)

Digunakan secara tradisional untuk kegunaan bertungku dan bertangas sewaktu dalam pantang dan bertangas bagi penjagaan alat sulit wanita



Herba Tangas Basah Pn. Azah
RM 15 / bekas

Bahan Herba:
Terdiri daripada daun kunyit, daun mengkudu, seringan, daun tutup bumi, daun kanduk rusa, serai wangi, daun pandan, daun sireh dan daun pisang abu.

Digunakan secara tradisional dengan merebus dedaun herba yang dikeringkan dengan bersih ini sehingga timbul wap kemudian diasap / ditangaskan ke bahagian alat kelamin wanita dan wanita digalakkan melakukan senaman kagel sewaktu proses bertangas untuk menguatkan dinding vagina. Bagus untuk membersihkan alat kelamin wanita dan mengubati keputihan. Bertangas dilakukan ketika darah nifas hampir habis atau pertengahan/ akhir hari berpantang. 



Bunjut Mandian Herba Bersalin Pn. Azah

RM 5 / bungkus

Bahan Herba:
Terdiri daripada daun kunyit, daun mengkudu, seringan, daun tutup bumi, daun kanduk rusa, serai wangi, daun pandan, daun sireh dan daun pisang abu.

Digunakan sewaktu ibu dalam berpantang dengan cara merebus 1 atau 2 bunjut herba ke dalam periuk yang dipanaskan di atas dapur sehingga menggelegak airnya, naik bauan herba dan bertukar warna. Kemudian dicampurkan air herba tersebut dengan air mandian (air suam/lukewarm) dalam baldi dan boleh terus bersiram dengannya. 

Bagus untuk proses detoks, melegakan tubuh badan ibu dalam pantang, mengeluarkan angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan menyegarkan tubuh yang letih.




Minyak Kelapa Dara Ibu (MKDI)
RM 29.50

Bahan: 100% minyak kelapa dara ibu home-made dengan cara cool press. 

Digunakan sebagai makanan tambahan terbaik. Sesuai untuk semua peringkat umur dan terutamanya ibu hamil. Pada bayi, hanya perlu disapu di seluruh badan.

Cara Makan / Guna:-
1 sudu teh dimakan 2 x sehari
Disapu pada badan bayi setiap kali selepas mandi atau jika perlu.

Boleh digunakan sebagai pelebat rambut, rawatan rambut, pelembab kulit, membantu mengurangkan rengsa/ruam/gatal pada kulit.


Jus Kunyit Warisan Asli
RM 20

Digunakan secara tradisional dan amat baik untuk ibu selepas melahirkan (sekiranya bayi jaundis, tunggu sehingga bayi bebas daripada jaundis untuk minum jus ini), menyihatkan dan mencergakan badan, mengurangkan kesakitan dari kesan jahitan operation (bagi ibu ceaser). Turut membantu mengeluarkan angin dalam badan serta masalah-masalah dalaman ibu yang lain selepas melahirkan. 


Tungku Bayi Habbatus Sauda
RM 8

Digunakan untuk menuam tubuh badan bayi dan membantu melancarkan aliran darah bayi, mengeluarkan angin dalam badan, dan melembutkan otot bayi. Turut boleh digunakan untuk bertuam di bahagian dada yang membengkak akibat bengkak susu.


Tuesday, December 19, 2017

Penting atau Tidak Mandi Herba untuk Ibu Dalam Pantang?

Sebelum saya mula fokus pada marketing untuk Ahmardyla Enterprise dan DQ Beauty Cottage, saya adalah seorang perawat dan terapis urut. Saya membantu para ibu yang baru sahaja mengalirkan cahaya mata untuk berpantang dengan lebih baik melalui servis seperti urutan tradisional ibu dalam pantang, bertungku batu sungai, mandi daun herba, berparam, pilis, berbengkung dan bertangas.

Kebanyakan para ibu yang saya kunjungi, lebih 90 % yang mengamalkan mandian herba sekurang-kurangnya untuk 3 hari ke 7 hari selepas bersalin bagi memberi kesegaran kepada tubuh badan yang letih dan 'tercedera' selepas berjihad di dalam wad bersalin. proses mengandung selama 9 bulan 10 hari, bukan perkara mudah, dan pertarungan di dalam bilik bersalin juga adalah pencetus kepada rasa fatique, keletihan, dan jika dibiarkan, aduhai sakitlah badan, stress, dan boleh mengganggu gugat tahap kesihatan para ibu.

Syabas pada ibu yang mengetahui kelebihan mandian herba. Apa sahaja jenama, apa sahaja produk, atau sekiranya anda buat sendiri mandian herba tersebut, anda telah menyelamatkan tubuh badan anda daripada rosak, dan mengembalikan semula keremajaan badan anda yang perlu dijaga lama sebagai co-pilot dalam sesebuah keluarga. 

Kenapa Perlu Ibu Dalam Pantang Mandi Herba?
- untuk memanaskan badan;
-  melancarkan peredaran darah;
 - membantu menghilangkan angin, juga kesejukan dalam badan;
- melegakan bengkak pada tubuh badan akibat proses bersalin
- menguatkan semula badan ibu selepas bersalin
- membantu detox proses pada ibu dalam pantang

Ahmardyla Enterprise turut menjual herba mandian ibu berpantang keluaran Puan Siti Norazah, perawat terapis urutan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang urutan tradisional, bersifat tri-fungsi untuk kegunaan bersauna juga bertangas. sangatlah berbaloi untuk membelinya.

Ingredient Herba Mandi:-
- Daun kunyit
- Daun mengkudu
- Daun seringan
- Daun tutup bumi
- Daun kanduk rusa
- Daun serai wangi
- Daun pandan
- Daun sireh
- Daun pisang abu







Pelanggan boleh mendapatkan herba mandian ibu bersalin dalam 2 bentuk:-
1) Paket
2) Bunjut

Untuk tempahan, sila hubungi En. Ahmar di 018-473 6369 atau Pn. Husna (sms/whatsapp sahaja) di 013-6358664.


Artikel ditulis oleh;
Pn. Husna Adilah

Monday, December 11, 2017

Pakej Urutan Lepas Bersalin Bangi Kajang Selangor Putrajaya Cyberjaya Serdang Semenyih Puncak Alam Sungai Buloh Kuala Selangor Jeram Tanjong Karang Ijok Lembah Klang

Assalamualaikum,

Kepada para bakal ibu dan ayah yang masih dan sedang mencari perawat yang mengurut ibu bersalin dalam pantang nanti, boleh consider maklumat yang Pn. Husna share di sini iaitu maklumat pakej puan zurina, salah seorang perawat Pn. husna yang membantu beliau untuk mengurut di sekitar Bandar Baru Bangi.

Sekarang Pn. Husna dah tak dapat nak berikan servis kerana perlu menjaga anak bongsunya yang menghidap penyakit biliary atresia (kegagalan fungsi hati) secara sepenuh masa dan Pn. Ina juga Pn. Azah banyak membantu Pn. Husna dan klien-klien pn. Husna untuk servis urutan di sekitar Serdang, seri kembangan dan bandar baru bangi.

Berikut disini Pn. Husna kongsikan perkhidmatan urutan dan pamplet Puan Ina, jika ada yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan beliau boleh sms dan whatsapp Pn. Husna di 013-6358664 ya. Kalau telefon susah sangat nak angkat jadi sejurus selepas Pn. husna dapat capai handphone,akan terus reply puan2 dan tuan2 ya.







Saturday, December 9, 2017

Pertama Kali Bertungku? Apa yang Perlu Anda Tahu?



Selalunya, bila ibu-ibu lepas bersalin berpantang sendiri buat pertama kali, mereka akan risau juga macam manalah tu nak bertungku ya? Disini Pn. Husna nak berkongsi serba sikit pengalaman Pn. Husna dan ilmu cara-cara bertungku kepada sahabat-sahabat, dan para pembaca setia blog ahmardyla enterprise.

Selalunya ibu-ibu / ayah-ayah akan pening. Nanti lepas bakar nak alas tungku pakai apa? Kalau tak ada bahan-bahan tu, okay atau tak okay menungku nanti dan mujarab tak? 

Jawapan dari saya ialah, alas tungku paling basic yang tuan dan puan boleh gunakan ialah surat khabar atau tisu dapur yang telah dibasahkan sedikit (tidak terlalu basah) kemudian baru letakkan batu sungai yang telah dibakar ke atasnya. Tujuannya adalah untuk preserve haba dan memanjangkan masa kepanasan batu sungai itu (ibarat oven) untuk kegunaan bertungku yang lebih lama. Selalunya batu sungai sekiranya dibakar dengan api kecil dalam lebih kurang 15, ke 30 minit, dan batunya dibungkus seperti di atas, kepanasan nya boleh berkekalan dalam 45 minit ke 1 jam, cukup untuk bertungku di seluruh bahagian badan, dan suam-suamnya boleh ditungku di bahagian breast/dada yang membengkak dan urat susu di bahagian belakang badan untuk melancarkan pengeluaran susu. 

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai dedaun herba, saya menggalakkan penggunaanya untuk kesan yang lebih efektif. Antara daun herba yang boleh dipakai oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah :-

1) Daun mengkudu
2) Daun sireh
3) Daun pandan
4) Daun lengkuas
5) Daun kunyit
6) Daun Pisang
7) Gabungan antara daun-daun ini



Kain batik di bawah sekali, kemudian alaskan dengan daun-daun herba seperti dalam gambar

Batu yang dibakar di atas dapur kemudiannya diangkat dengan berhati-hati kemudian diletakkan di atas susunan daun2 herba ini. Dengan berhati-hati bungkus batu ini dan ikatkan dengan ketat seperti bunjut.

Alhamdulillah, selesai saya kongsikan cara-cara membuat tungku dengan menggunakan batu sungai sebagai asasnya. Sekarang saya mahu kongsikan kepada para pembaca cara bertungku kepada ibu-ibu yang berada dalam pantang sekiranya mahu bertungku sendiri. 

Antara point-point utama bagi ibu dalam pantang untuk bertungku adalah di kawasan berikut:-
1) ari-ari 
2) perut
3) dada
4) pangkal peha / kelengkang / celah peha
5) tapak kaki
6) bahu
7) punggung
8) pinggang



1) Mulakan dengan bahagian perut. Perhatikan gambar no 7 dan 8 dimana saya letakkan alas di perut sebab batu sungai awal-awal tu kan memang panas sangat. Bagi mengelakkan melecur, ambil langkah berjaga-jagan menggunakan kain batik, atau tuala, atau kain lampin bayi yang bersih dan selesa. Bila dah rasa panas makin berkurangan, slowly kurangkan lapisan kain mengikut keperluan.

2) Di bahagian perut, tuam di sekeliling pusat selama 10 - 15 minit. Makin lama lagi bagus. Jika anda mula terasa macam gatal-gatal merenyam tu, biarkan aja. Itu tandanya darah dah jalan, lemak dah pecah dan anda akan dapat rasakan nnt ketulan-ketulan darah kotor mengalir keluar. Jangan panik okay.

3) Selesai di perut, beralih di bahagian urat peranakan iaitu di bahagian kaki. Mulakan dengan kelengkang, di peha, dan belakang lutut, betis dan akhirnya tapak kaki. Estimated time di kaki dalam 10 minit setiap satu kaki. Buat secara berulang-ulang sambil tengok hindustan, tak adalah bosan sangat. Sekali lagi, kalau rasa gatal-gatal tu adalah petanda bagus. Biarkan sahaja dan boleh ler move on ke bahagian badan yang lain.

4. Mengalami bengkak susu? Jangan panik okay. Bila tungku tu dah dalam keadaan suam-suam kuku, which means it is safe dan selamat, anda dah boleh mulakan menungku di bahagian dada. Mulakan dengan menungku di bawah ketiak anda, dan seterusnya dalam keadaan membulat di sekitar puting payudara. Tungku selama 5 - 10 minit mengikut keperluan. Selepas itu, rasa sekiranya masih ada ketulan dengan mengurut dalam keadaan membulat. Sekiranya ia sudah mengecil dan melembut, ibu-ibu boleh ready untuk memicit puting secara lembut dan berhati-hati dan make sure ada pancutan susu yang keluar. Kira lubang susu tu minimum 5 lubang untuk make sure susu lancar. If cuma ada satu lubang utama tapi susu yang mengalir bila memicitnya tu banyak, tu pun okay. Lepas tu dah boleh bagi baby take care of the rest allright. If baby tak ada / or tidur/ or malas nyunyum, try pumping. Insyaallah niat dan selawat Allah bantu untuk kurangkan sakit bengkak payudara tu k. Saya pun doakan.

5. Menungku di daerah bahu, tengkuk dan sendi tangan. Bila dah suam-suam dan selamat tu, sedaplah nak menungku di bahagian-bahagian ini, memang rasa sedap kadang nak tertidur bila menungku di daerah ni. Sebabnya urat ibu lepas bersalin di daerah tu memang tegang dan keras, dengan menungku, insyaallah boleh kurang tegangnya dan lancar aliran darahnya. Tu yang rasa nak tidur lepas tungku tu. hihihihi.

6. Dan lepas tu leave batu sungai yang hampir sejuk tu di bahagian belakang pinggang atau di tapak kaki. Biarkan ia di situ untuk mengurangkan sengal pinggang dan tulang koksik, juga untuk membetulkan aliran darah di tapak kaki. Insyaallah anda akan rasakan perbezaan ketara bila mengamalkan bertungku.

7. Okay, yang ni saya share untuk ibu yang bertungku sendiri dan dan amalkan bertungku. sekiranya ada pembantu, bolehlah minta pembantu untuk menungku di bahagian belakang badan selama 15 - 20 minit untuk mengurangkan sengal di bahagian belakang badan, juga untuk merancakkan lagi aliran susu ibu.

Harap artikel dan sharing saya ini bermanfaat. Saya izinkan share pada yang nak tahu, katanya ada orang follow saya untuk artikel-artikel dan sharing maklumat ibu dalam pantang. Thank you pada yang follow. 

Artikel ditulis oleh: Pn. Husna dari #ahmardylaenterprise #ahmardylabatusungai


Bentuk Batu Sungai Mempengaruhi Kemujaraban Bertungku Batu Sungai?


Salam alaik sahabat, tuan, puan,

Mencari batu sungai? Sekiranya anda pertama kali sedang mencarinya, kriteria apa yang perlu anda fokuskan agaknya? 

Rata-rata pelanggan #ahmardylaenterprise selalu memilih batu sungai berbentuk bujur bulat, dan yang berbucu kerana mereka kata senang nak dipegang /dikendalikan, juga senang untuk menekan/menolak peranakan yang kecut ke tempat asalnya selepas bersalin. Namun... adakah ianya satu mitos, atau fakta?

Pendapat saya yang telah membantu para ibu bertungku sejak menceburi bidang ini 5 tahun lepas hingga kini, bentuk batu tidak mempengaruhi apa-apa, asalkan kita bijak menggunakannya. Jangan terlalu stress atau partikular sangat sehingga sanggup travel ke sana sini mencari batu sungai bentuk kesukaan, kerana akhirnya batu sungai itu (hitam ke/ coklat ke/berlubang-lubang ke), ia tetap akan dibungkus selepas dibakar, dan tiada siapa yang nampak dia kecuali tuan empunya diri. Yang sangat mempengaruhi kemujaraban batu sungai itu sebenarnya ialah cara kita mengendalikannya mengikut saiz (besar/kecil) yang kita pilih, bukan bentuknya. 

Objektif batu sungai itu dijadikan tungku juga adalah untuk:-
1) Membantu mengecutkan peranakan
2) Membantu mengeluarkan angin dalam badan
3) Memecahkan lemak
4) Mengalirkan darah ke seluruh badan
5) Melegakan badan yang lenguh-lenguh

Sekiranya objektif batu sungai ini digunakan telah tercapai, maka bentuknya tidaklah menjadi masalah asalkan anda menggunakannya dengan baik. kerana batu sungai juga adalah hadiah dari Allah, dan produk alami semulajadi, ia takkan kekal lama. Lambat laun ia akan retak/pecah juga. Namun kita boleh melambatkan perkara itu terjadi dengan menjaganya sebaik mungkin. Contohnya apabila dibakar, bakar dengan api kecil, tetapi lama sekitar 15 - 30 minit. Selain itu, jangan dibaling atau dihempas supaya tidak retak dan cepat pecah. Dan ada juga petua yang mengatakan batu sungai perlu dibasuh dan dijemur di terik mentari dalam 24 jam sebelum digunakan, dan selepas digunakan supaya ia tidak mudah pecah dan tahan lebih lama. 

Bagi pembelian batu sungai untuk kegunaan bertungku, atau juga bertangas, anda boleh hubungi En. Ahmar di talian 018-4736369. Belian boleh dibuat secara online (postage seluruh Malaysia dan semenanjung (harga postage lain)) dan direct selling (pelanggan datang membeli di teratak kami di seksyen 8, bandar baru bangi).

TQ!
Order Batu Sungai:- En. Ahmar 018-4736369





ORDER BATU SUNGAI

ORDER BATU SUNGAI

batu sungai

batu sungai