AhmarDyla Batu Sungai

AhmarDyla Batu Sungai

Tuesday, December 19, 2017

Penting atau Tidak Mandi Herba untuk Ibu Dalam Pantang?

Sebelum saya mula fokus pada marketing untuk Ahmardyla Enterprise dan DQ Beauty Cottage, saya adalah seorang perawat dan terapis urut. Saya membantu para ibu yang baru sahaja mengalirkan cahaya mata untuk berpantang dengan lebih baik melalui servis seperti urutan tradisional ibu dalam pantang, bertungku batu sungai, mandi daun herba, berparam, pilis, berbengkung dan bertangas.

Kebanyakan para ibu yang saya kunjungi, lebih 90 % yang mengamalkan mandian herba sekurang-kurangnya untuk 3 hari ke 7 hari selepas bersalin bagi memberi kesegaran kepada tubuh badan yang letih dan 'tercedera' selepas berjihad di dalam wad bersalin. proses mengandung selama 9 bulan 10 hari, bukan perkara mudah, dan pertarungan di dalam bilik bersalin juga adalah pencetus kepada rasa fatique, keletihan, dan jika dibiarkan, aduhai sakitlah badan, stress, dan boleh mengganggu gugat tahap kesihatan para ibu.

Syabas pada ibu yang mengetahui kelebihan mandian herba. Apa sahaja jenama, apa sahaja produk, atau sekiranya anda buat sendiri mandian herba tersebut, anda telah menyelamatkan tubuh badan anda daripada rosak, dan mengembalikan semula keremajaan badan anda yang perlu dijaga lama sebagai co-pilot dalam sesebuah keluarga. 

Kenapa Perlu Ibu Dalam Pantang Mandi Herba?
- untuk memanaskan badan;
-  melancarkan peredaran darah;
 - membantu menghilangkan angin, juga kesejukan dalam badan;
- melegakan bengkak pada tubuh badan akibat proses bersalin
- menguatkan semula badan ibu selepas bersalin
- membantu detox proses pada ibu dalam pantang

Ahmardyla Enterprise turut menjual herba mandian ibu berpantang keluaran Puan Siti Norazah, perawat terapis urutan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang urutan tradisional, bersifat tri-fungsi untuk kegunaan bersauna juga bertangas. sangatlah berbaloi untuk membelinya.

Ingredient Herba Mandi:-
- Daun kunyit
- Daun mengkudu
- Daun seringan
- Daun tutup bumi
- Daun kanduk rusa
- Daun serai wangi
- Daun pandan
- Daun sireh
- Daun pisang abu







Pelanggan boleh mendapatkan herba mandian ibu bersalin dalam 2 bentuk:-
1) Paket
2) Bunjut

Untuk tempahan, sila hubungi En. Ahmar di 018-473 6369 atau Pn. Husna (sms/whatsapp sahaja) di 013-6358664.


Artikel ditulis oleh;
Pn. Husna Adilah

No comments:

Post a Comment

ORDER BATU SUNGAI

ORDER BATU SUNGAI

batu sungai

batu sungai