AhmarDyla Batu Sungai

AhmarDyla Batu Sungai

Saturday, December 9, 2017

Pertama Kali Bertungku? Apa yang Perlu Anda Tahu?



Selalunya, bila ibu-ibu lepas bersalin berpantang sendiri buat pertama kali, mereka akan risau juga macam manalah tu nak bertungku ya? Disini Pn. Husna nak berkongsi serba sikit pengalaman Pn. Husna dan ilmu cara-cara bertungku kepada sahabat-sahabat, dan para pembaca setia blog ahmardyla enterprise.

Selalunya ibu-ibu / ayah-ayah akan pening. Nanti lepas bakar nak alas tungku pakai apa? Kalau tak ada bahan-bahan tu, okay atau tak okay menungku nanti dan mujarab tak? 

Jawapan dari saya ialah, alas tungku paling basic yang tuan dan puan boleh gunakan ialah surat khabar atau tisu dapur yang telah dibasahkan sedikit (tidak terlalu basah) kemudian baru letakkan batu sungai yang telah dibakar ke atasnya. Tujuannya adalah untuk preserve haba dan memanjangkan masa kepanasan batu sungai itu (ibarat oven) untuk kegunaan bertungku yang lebih lama. Selalunya batu sungai sekiranya dibakar dengan api kecil dalam lebih kurang 15, ke 30 minit, dan batunya dibungkus seperti di atas, kepanasan nya boleh berkekalan dalam 45 minit ke 1 jam, cukup untuk bertungku di seluruh bahagian badan, dan suam-suamnya boleh ditungku di bahagian breast/dada yang membengkak dan urat susu di bahagian belakang badan untuk melancarkan pengeluaran susu. 

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai dedaun herba, saya menggalakkan penggunaanya untuk kesan yang lebih efektif. Antara daun herba yang boleh dipakai oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah :-

1) Daun mengkudu
2) Daun sireh
3) Daun pandan
4) Daun lengkuas
5) Daun kunyit
6) Daun Pisang
7) Gabungan antara daun-daun ini



Kain batik di bawah sekali, kemudian alaskan dengan daun-daun herba seperti dalam gambar

Batu yang dibakar di atas dapur kemudiannya diangkat dengan berhati-hati kemudian diletakkan di atas susunan daun2 herba ini. Dengan berhati-hati bungkus batu ini dan ikatkan dengan ketat seperti bunjut.

Alhamdulillah, selesai saya kongsikan cara-cara membuat tungku dengan menggunakan batu sungai sebagai asasnya. Sekarang saya mahu kongsikan kepada para pembaca cara bertungku kepada ibu-ibu yang berada dalam pantang sekiranya mahu bertungku sendiri. 

Antara point-point utama bagi ibu dalam pantang untuk bertungku adalah di kawasan berikut:-
1) ari-ari 
2) perut
3) dada
4) pangkal peha / kelengkang / celah peha
5) tapak kaki
6) bahu
7) punggung
8) pinggang



1) Mulakan dengan bahagian perut. Perhatikan gambar no 7 dan 8 dimana saya letakkan alas di perut sebab batu sungai awal-awal tu kan memang panas sangat. Bagi mengelakkan melecur, ambil langkah berjaga-jagan menggunakan kain batik, atau tuala, atau kain lampin bayi yang bersih dan selesa. Bila dah rasa panas makin berkurangan, slowly kurangkan lapisan kain mengikut keperluan.

2) Di bahagian perut, tuam di sekeliling pusat selama 10 - 15 minit. Makin lama lagi bagus. Jika anda mula terasa macam gatal-gatal merenyam tu, biarkan aja. Itu tandanya darah dah jalan, lemak dah pecah dan anda akan dapat rasakan nnt ketulan-ketulan darah kotor mengalir keluar. Jangan panik okay.

3) Selesai di perut, beralih di bahagian urat peranakan iaitu di bahagian kaki. Mulakan dengan kelengkang, di peha, dan belakang lutut, betis dan akhirnya tapak kaki. Estimated time di kaki dalam 10 minit setiap satu kaki. Buat secara berulang-ulang sambil tengok hindustan, tak adalah bosan sangat. Sekali lagi, kalau rasa gatal-gatal tu adalah petanda bagus. Biarkan sahaja dan boleh ler move on ke bahagian badan yang lain.

4. Mengalami bengkak susu? Jangan panik okay. Bila tungku tu dah dalam keadaan suam-suam kuku, which means it is safe dan selamat, anda dah boleh mulakan menungku di bahagian dada. Mulakan dengan menungku di bawah ketiak anda, dan seterusnya dalam keadaan membulat di sekitar puting payudara. Tungku selama 5 - 10 minit mengikut keperluan. Selepas itu, rasa sekiranya masih ada ketulan dengan mengurut dalam keadaan membulat. Sekiranya ia sudah mengecil dan melembut, ibu-ibu boleh ready untuk memicit puting secara lembut dan berhati-hati dan make sure ada pancutan susu yang keluar. Kira lubang susu tu minimum 5 lubang untuk make sure susu lancar. If cuma ada satu lubang utama tapi susu yang mengalir bila memicitnya tu banyak, tu pun okay. Lepas tu dah boleh bagi baby take care of the rest allright. If baby tak ada / or tidur/ or malas nyunyum, try pumping. Insyaallah niat dan selawat Allah bantu untuk kurangkan sakit bengkak payudara tu k. Saya pun doakan.

5. Menungku di daerah bahu, tengkuk dan sendi tangan. Bila dah suam-suam dan selamat tu, sedaplah nak menungku di bahagian-bahagian ini, memang rasa sedap kadang nak tertidur bila menungku di daerah ni. Sebabnya urat ibu lepas bersalin di daerah tu memang tegang dan keras, dengan menungku, insyaallah boleh kurang tegangnya dan lancar aliran darahnya. Tu yang rasa nak tidur lepas tungku tu. hihihihi.

6. Dan lepas tu leave batu sungai yang hampir sejuk tu di bahagian belakang pinggang atau di tapak kaki. Biarkan ia di situ untuk mengurangkan sengal pinggang dan tulang koksik, juga untuk membetulkan aliran darah di tapak kaki. Insyaallah anda akan rasakan perbezaan ketara bila mengamalkan bertungku.

7. Okay, yang ni saya share untuk ibu yang bertungku sendiri dan dan amalkan bertungku. sekiranya ada pembantu, bolehlah minta pembantu untuk menungku di bahagian belakang badan selama 15 - 20 minit untuk mengurangkan sengal di bahagian belakang badan, juga untuk merancakkan lagi aliran susu ibu.

Harap artikel dan sharing saya ini bermanfaat. Saya izinkan share pada yang nak tahu, katanya ada orang follow saya untuk artikel-artikel dan sharing maklumat ibu dalam pantang. Thank you pada yang follow. 

Artikel ditulis oleh: Pn. Husna dari #ahmardylaenterprise #ahmardylabatusungai


No comments:

Post a Comment

ORDER BATU SUNGAI

ORDER BATU SUNGAI

batu sungai

batu sungai