AhmarDyla Batu Sungai

AhmarDyla Batu Sungai

Saturday, December 9, 2017

Bentuk Batu Sungai Mempengaruhi Kemujaraban Bertungku Batu Sungai?


Salam alaik sahabat, tuan, puan,

Mencari batu sungai? Sekiranya anda pertama kali sedang mencarinya, kriteria apa yang perlu anda fokuskan agaknya? 

Rata-rata pelanggan #ahmardylaenterprise selalu memilih batu sungai berbentuk bujur bulat, dan yang berbucu kerana mereka kata senang nak dipegang /dikendalikan, juga senang untuk menekan/menolak peranakan yang kecut ke tempat asalnya selepas bersalin. Namun... adakah ianya satu mitos, atau fakta?

Pendapat saya yang telah membantu para ibu bertungku sejak menceburi bidang ini 5 tahun lepas hingga kini, bentuk batu tidak mempengaruhi apa-apa, asalkan kita bijak menggunakannya. Jangan terlalu stress atau partikular sangat sehingga sanggup travel ke sana sini mencari batu sungai bentuk kesukaan, kerana akhirnya batu sungai itu (hitam ke/ coklat ke/berlubang-lubang ke), ia tetap akan dibungkus selepas dibakar, dan tiada siapa yang nampak dia kecuali tuan empunya diri. Yang sangat mempengaruhi kemujaraban batu sungai itu sebenarnya ialah cara kita mengendalikannya mengikut saiz (besar/kecil) yang kita pilih, bukan bentuknya. 

Objektif batu sungai itu dijadikan tungku juga adalah untuk:-
1) Membantu mengecutkan peranakan
2) Membantu mengeluarkan angin dalam badan
3) Memecahkan lemak
4) Mengalirkan darah ke seluruh badan
5) Melegakan badan yang lenguh-lenguh

Sekiranya objektif batu sungai ini digunakan telah tercapai, maka bentuknya tidaklah menjadi masalah asalkan anda menggunakannya dengan baik. kerana batu sungai juga adalah hadiah dari Allah, dan produk alami semulajadi, ia takkan kekal lama. Lambat laun ia akan retak/pecah juga. Namun kita boleh melambatkan perkara itu terjadi dengan menjaganya sebaik mungkin. Contohnya apabila dibakar, bakar dengan api kecil, tetapi lama sekitar 15 - 30 minit. Selain itu, jangan dibaling atau dihempas supaya tidak retak dan cepat pecah. Dan ada juga petua yang mengatakan batu sungai perlu dibasuh dan dijemur di terik mentari dalam 24 jam sebelum digunakan, dan selepas digunakan supaya ia tidak mudah pecah dan tahan lebih lama. 

Bagi pembelian batu sungai untuk kegunaan bertungku, atau juga bertangas, anda boleh hubungi En. Ahmar di talian 018-4736369. Belian boleh dibuat secara online (postage seluruh Malaysia dan semenanjung (harga postage lain)) dan direct selling (pelanggan datang membeli di teratak kami di seksyen 8, bandar baru bangi).

TQ!
Order Batu Sungai:- En. Ahmar 018-4736369





No comments:

Post a Comment

ORDER BATU SUNGAI

ORDER BATU SUNGAI

batu sungai

batu sungai