AhmarDyla Batu Sungai

AhmarDyla Batu Sungai

Monday, March 20, 2017

PESANAN BELIAN BATU SUNGAI OLEH AHMARDYLA ENTERPRISE


Salam Alaik,

Kami sudah beroperasi di bawah DQ Beauty Cottage (SSM - 002234464-W) sejak setahun yang lepas dan sekarang telah berdiri sendiri di bawah AhmarDyla Enterprise SSM 002635975-M. Kerana permintaan batu sungai untuk bertungku dan bertangas adalah tinggi dalam kalangan wanita, lebih-lebih lagi golongan wanita yang tinggal di kota metropolitan dan susah untuk mendapatkan sumber batu sungai sendiri, jadi inisiatif kami ialah untuk memudahkan para bakal ibu dan bakal bapa untuk mendapatkan batu sungai bagi tujuan bertungku dan bertangas.

Batu yang dijual oleh kami telah dikategorikan kepada 3 kategori:-

Batu Sungai A | Sederhana: Batu sungai berat < 1kg (RM 20)
Batu Sungai B | Berat: Batu sungai berat 1kg + (RM 25)

Cara jualan batu sungai kami adalah secara dua taktik:-

1) Jualan secara dalam talian (Belian Online)
2) Pilih dan ambil sendiri di lokasi jualan kami di Bandar Baru Bangi.
3) Tiada COD. Harap maklum.

FAQ

1) Bagaimana memilih batu yang sesuai dengan saya?
  • Cadangan belian batu sungai mengikut berat badan. Namun, ia bergantung kepada preference oleh anda sendiri. Kami disini hanya memberikan sedikit guideline untuk membantu anda memilih batu sungai yang sesuai untuk anda.
    • 40 - 70kg  | Batu Sungai A
    • 60 > | Batu Sungai B

2) Saya tak pernah bertungku dan bertangas. Boleh saya tahu macam mana cara penyediaannya?
  • Bakar batu sungai di atas stove / dapur anda selama 
    • Batu Sungai A (10 - 15 minit)
    • Batu Sungai B (15 - 30 minit) 
  • Sediakan kain batik / tuala / kain yang tidak mudah terbakar. Alaskan dengan surat khabar / tisu dapur yang telah dibasahkan (untuk mengelakkan kain daripada mudah terbakar) dan kemudian letakkan daun herba untuk bertungku seperti:
    • Daun Lengkuas dan Pandan
    • Daun Mengkudu dan Pandan
    • Daun Sireh dan Mengkudu
    • Daun Pisang Muda dan Pandan 
    • Tiada masalah sekiranya tiada daun herba untuk dialas, hanya alaskan surat khabar yang dibasahkan dan bungkuskan batu itu. Pembakaran batu juga tak perlu terlalu lama, cukup untuk 5 - 10 minit. 
  • Setelah batu dibakar, biarkan seketika dalam 2 - 3 minit sebelum diangkat dan diletakkan di atas kain. Kemudian bungkus dan ikat ketat seperti bunjut dengan kemas. 
Cara Menggunakan Tungku Batu Sungai Untuk Bertungku

Kami kongsikan cara menggunakan tungku batu sungai dari sumber artikel Pn. Husna dari DQ Beauty Cottage (dqbeautycottage.blogspot.my). TQVM Puan Husna! Sila refer di bawah:-

No telefon tertera tidak lagi digunakan, boleh hubungi Puan Husna di talian 013-6358664 secara sms/whatsapp sekiranya panggilan tidak diangkat. harap maklum.

No telefon tertera tidak lagi digunakan, boleh hubungi Puan Husna di talian 013-6358664 secara sms/whatsapp sekiranya panggilan tidak diangkat. harap maklum.


1) Mulakan dengan bahagian perut. Perhatikan gambar no 7 dan 8 dimana saya letakkan alas di perut sebab batu sungai awal-awal tu kan memang panas sangat. Bagi mengelakkan melecur, ambil langkah berjaga-jagan menggunakan kain batik, atau tuala, atau kain lampin bayi yang bersih dan selesa. Bila dah rasa panas makin berkurangan, slowly kurangkan lapisan kain mengikut keperluan.

2) Di bahagian perut, tuam di sekeliling pusat selama 10 - 15 minit. Makin lama lagi bagus. Jika anda mula terasa macam gatal-gatal merenyam tu, biarkan aja. Itu tandanya darah dah jalan, lemak dah pecah dan anda akan dapat rasakan nnt ketulan-ketulan darah kotor mengalir keluar. Jangan panik okay.

3) Selesai di perut, beralih di bahagian urat peranakan iaitu di bahagian kaki. Mulakan dengan kelengkang, di peha, dan belakang lutut, betis dan akhirnya tapak kaki. Estimated time di kaki dalam 10 minit setiap satu kaki. Buat secara berulang-ulang sambil tengok hindustan, tak adalah bosan sangat. Sekali lagi, kalau rasa gatal-gatal tu adalah petanda bagus. Biarkan sahaja dan boleh ler move on ke bahagian badan yang lain.

4. Mengalami bengkak susu? Jangan panik okay. Bila tungku tu dah dalam keadaan suam-suam kuku, which means it is safe dan selamat, anda dah boleh mulakan menungku di bahagian dada. Mulakan dengan menungku di bawah ketiak anda, dan seterusnya dalam keadaan membulat di sekitar puting payudara. Tungku selama 5 - 10 minit mengikut keperluan. Selepas itu, rasa sekiranya masih ada ketulan dengan mengurut dalam keadaan membulat. Sekiranya ia sudah mengecil dan melembut, ibu-ibu boleh ready untuk memicit puting secara lembut dan berhati-hati dan make sure ada pancutan susu yang keluar. Kira lubang susu tu minimum 5 lubang untuk make sure susu lancar. If cuma ada satu lubang utama tapi susu yang mengalir bila memicitnya tu banyak, tu pun okay. Lepas tu dah boleh bagi baby take care of the rest allright. If baby tak ada / or tidur/ or malas nyunyum, try pumping. Insyaallah niat dan selawat Allah bantu untuk kurangkan sakit bengkak payudara tu k. Saya pun doakan.

5. Menungku di daerah bahu, tengkuk dan sendi tangan. Bila dah suam-suam dan selamat tu, sedaplah nak menungku di bahagian-bahagian ini, memang rasa sedap kadang nak tertidur bila menungku di daerah ni. Sebabnya urat ibu lepas bersalin di daerah tu memang tegang dan keras, dengan menungku, insyaallah boleh kurang tegangnya dan lancar aliran darahnya. Tu yang rasa nak tidur lepas tungku tu. hihihihi.

6. Dan lepas tu leave batu sungai yang hampir sejuk tu di bahagian belakang pinggang atau di tapak kaki. Biarkan ia di situ untuk mengurangkan sengal pinggang dan tulang koksik, juga untuk membetulkan aliran darah di tapak kaki. Insyaallah anda akan rasakan perbezaan ketara bila mengamalkan bertungku.

7. Okay, yang ni saya share untuk ibu yang bertungku sendiri dan dan amalkan bertungku. sekiranya ada pembantu, bolehlah minta pembantu untuk menungku di bahagian belakang badan selama 15 - 20 minit untuk mengurangkan sengal di bahagian belakang badan, juga untuk merancakkan lagi aliran susu ibu.

Harap artikel dan sharing saya ini bermanfaat. Saya izinkan share pada yang nak tahu, katanya ada orang follow saya untuk artikel-artikel dan sharing maklumat ibu dalam pantang. Thank you pada yang follow. 

Untuk order batu sungai, atau mengurut badan, bekam atau facial cik puan kakak adik acik aunty Boleh roger 013-6358664 (no lama) okay. Thanks very much!

Info: dqbeautycottage.blogspot.my

Cara Menggunakan Tungku Batu Sungai Untuk Bertangas?

  1. Batu dibakar selama 10 - 15 minit
  2. Angkat dan letakkan di dalam bekas yang kalis panas (periuk tanah/ periuk aluminium)
  3. Kemudian letakkan herba-herba tangas di atas batu. 
  4. Recikkan sedikit air di atas batu tersebut dan boleh mula bertangas.
  5. Boleh dilakukan dalam keadaan berdiri atau duduk. Pastikan kain yang dipakai dilurutkan dari pinggang sehingga mencecah lantai untuk memerangkap haba / wap herba itu.
  6. Tempoh tangas adalah selama 15 - 20 minit.
  7. Dalam tempoh tersebut, buat senaman kagel (kemutan) selang 2 minit untuk menguatkan otot vagina.
  8. Digalakkan bertangas bagi wanita bermasalah period tak teratur, dan keputihan, dan bagi ibu bersalin ketika darah nifas hampir kering/kering. Tidak digalakkan buat pada awal2 tempoh pantang.

Bagaimana untuk memesan batu sungai untuk bertungku?
Hubungi En. Ahmar di talian 018-4736369 untuk query dan pertanyaan lanjut.

No comments:

Post a Comment

ORDER BATU SUNGAI

ORDER BATU SUNGAI

batu sungai

batu sungai