AhmarDyla Batu Sungai

AhmarDyla Batu Sungai

Thursday, December 21, 2017

Kedai Online Barangan Kesihatan Ahmardyla Enterprise

CARA ORDER


  1. Whatsapp/ SMS Puan Husna di 013-6358664 / Encik Ahmar di 018-4736369
  2. Beritahu item yang ingin dibeli
  3. Tunggu pengesahan stok item
  4. Buat bayaran secara online kepada nombor akaun ini:- Maybank 162143145569 | Husna Adilah binti Sidek
  5. Sahkan bayaran dengan berkongsi resit bayaran / maklumat transaksi
  6. Sediakan maklumat untuk pengeposan seperti Nama, Alamat Lengkap, dan Nombor Telefon.





Batu Sungai
RM 20 ( bawah 1 kg)
RM 25 ( atas 1 kg)

Digunakan secara tradisional untuk kegunaan bertungku dan bertangas sewaktu dalam pantang dan bertangas bagi penjagaan alat sulit wanita



Herba Tangas Basah Pn. Azah
RM 15 / bekas

Bahan Herba:
Terdiri daripada daun kunyit, daun mengkudu, seringan, daun tutup bumi, daun kanduk rusa, serai wangi, daun pandan, daun sireh dan daun pisang abu.

Digunakan secara tradisional dengan merebus dedaun herba yang dikeringkan dengan bersih ini sehingga timbul wap kemudian diasap / ditangaskan ke bahagian alat kelamin wanita dan wanita digalakkan melakukan senaman kagel sewaktu proses bertangas untuk menguatkan dinding vagina. Bagus untuk membersihkan alat kelamin wanita dan mengubati keputihan. Bertangas dilakukan ketika darah nifas hampir habis atau pertengahan/ akhir hari berpantang. 



Bunjut Mandian Herba Bersalin Pn. Azah

RM 5 / bungkus

Bahan Herba:
Terdiri daripada daun kunyit, daun mengkudu, seringan, daun tutup bumi, daun kanduk rusa, serai wangi, daun pandan, daun sireh dan daun pisang abu.

Digunakan sewaktu ibu dalam berpantang dengan cara merebus 1 atau 2 bunjut herba ke dalam periuk yang dipanaskan di atas dapur sehingga menggelegak airnya, naik bauan herba dan bertukar warna. Kemudian dicampurkan air herba tersebut dengan air mandian (air suam/lukewarm) dalam baldi dan boleh terus bersiram dengannya. 

Bagus untuk proses detoks, melegakan tubuh badan ibu dalam pantang, mengeluarkan angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan menyegarkan tubuh yang letih.




Minyak Kelapa Dara Ibu (MKDI)
RM 29.50

Bahan: 100% minyak kelapa dara ibu home-made dengan cara cool press. 

Digunakan sebagai makanan tambahan terbaik. Sesuai untuk semua peringkat umur dan terutamanya ibu hamil. Pada bayi, hanya perlu disapu di seluruh badan.

Cara Makan / Guna:-
1 sudu teh dimakan 2 x sehari
Disapu pada badan bayi setiap kali selepas mandi atau jika perlu.

Boleh digunakan sebagai pelebat rambut, rawatan rambut, pelembab kulit, membantu mengurangkan rengsa/ruam/gatal pada kulit.


Jus Kunyit Warisan Asli
RM 20

Digunakan secara tradisional dan amat baik untuk ibu selepas melahirkan (sekiranya bayi jaundis, tunggu sehingga bayi bebas daripada jaundis untuk minum jus ini), menyihatkan dan mencergakan badan, mengurangkan kesakitan dari kesan jahitan operation (bagi ibu ceaser). Turut membantu mengeluarkan angin dalam badan serta masalah-masalah dalaman ibu yang lain selepas melahirkan. 


Tungku Bayi Habbatus Sauda
RM 8

Digunakan untuk menuam tubuh badan bayi dan membantu melancarkan aliran darah bayi, mengeluarkan angin dalam badan, dan melembutkan otot bayi. Turut boleh digunakan untuk bertuam di bahagian dada yang membengkak akibat bengkak susu.


No comments:

Post a Comment

ORDER BATU SUNGAI

ORDER BATU SUNGAI

batu sungai

batu sungai