AhmarDyla Batu Sungai

AhmarDyla Batu Sungai

Saturday, December 9, 2017

Pastikan Batu Sungai Ada Di Rumah Sekurang-kurangnya 1 untuk Kegunaan Kesihatan


Assalamualaikum sahabat.

Sudah ada satu batu sungai di rumah anda? Jika belum, beli satu dengan kami. Selain menjadi hiasan di kolam, dan cantik di sungai, ia juga turut mujarab sebagai tungku kerana kebolehannya yang menyerap panas dan haba dalam waktu yang lama dengan cara membakarnya di atas api kecil selama 15 - 30 minit mengikut ketebalan batu dan kebesarannya. 

Batu sungai sentiasa menduduki carta nombor satu dalam senarai tungku yang lain (tungku besi, tungku herba, tungku air panas) kerana ia lebih murah, senang didapati (kalau rajin turun ke sungai) dan kebolehannya menyimpan haba yang tak boleh dipertikaikan lagi. Tungku batu sungai juga boleh berubah menjadi tungku batu sungai herba dengan meletakkan daun-daun herba sebagai alas batu sebelum mengikatnya seperti bunjut apabila mahu bertungku.

Namun begitu, batu sungai adalah produk natural alam semulajadi, yang lambat laun pasti akan pecah jua. Pemilik batu sungai perlu berhati-hati untuk menjaga batu sungai ni supaya ia tahan lama. antaranya ialah, bakar dengan api kecil, jangan dibaling dan dihentak2, basuh dahulu dan keringkan pada panas terik. 


Hanya ada dua (2) kategori batu sungai dari kami. Antara beratnya 1kg ke bawah, dan 1kg ke atas. Maklumat postage dan harga batu adalah seperti dalam jadual di atas ya sahabat-sahabat sekelian. Tak rugi beli. Dan untuk warranty, sekiranya batu yang sampai kepada anda sewaktu postage pecah, boleh diganti dengan percuma sahaja. dan untuk ganti batu duration adalah dalam masa 7 hari. 

Bagi belian batu, digalakkan hubungi En. Ahmar daripada Pn. Husna kerana Pn. Husna susah sangat nak angkat call, atau reply whatsapp/sms. (kerana menjaga anak kecil yang tidak sihat kerana penyakit hati, bayi baru sahaja berusia 4 bulan pada Disember 2017). Harap maklum ya.

Stok batu sentiasa ada, namun ianya terhad dan mengikut musim. Sekiranya kehabisan atau stok semakin running low, pihak kami akan announce dan ambil masa untuk dapatkan balik supply. Namun begitu belian masih boleh dibuat dengan cara pre-order dan apabila batu sungai sampai kita akan terus pos / panggil anda ke teratak kami untuk belian batu sungai.

Bagi ibu yang dalam keadaan berpantang, dalam satu minggu ke 2 minggu pertama digalakkan untuk kerap bertungku untuk mengecutkan peranakan yang kembang akibat mengandung dan mengeluarkan darah nifas dengan lebih lancar. bertungku satu badan mampu untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak. Kerap bertungku di bahagian punggung dan perut boleh melancarkan buang air besar.

Kepada gadis dan puan di luar sana yang mengalami senggugut dan darah period berketul-ketul, boleh bertungku  dan cuba amalkan dengan penambahan dedaun herba seperti pandan, lengkuas, kunyit, sirih, daun pisang, atau mengkudu, insyaallah mujarab mengurangkan rasa sakit dan melancarkan pembuangan darah kotor sewaktu haid. 

Selamat mencuba!

Belian batu sungai, jangan lupa roger En. Ahmar ya!

Artikel Ditulis oleh: Pn. Husna



No comments:

Post a Comment

ORDER BATU SUNGAI

ORDER BATU SUNGAI

batu sungai

batu sungai